PENDAFTARAN AHLI UNTUK PEMBIAYAAN.

Sila isikan dengan lengkap borang online di bawah serta pembayaran.

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-WARIS
  • TERMA & SYARAT
  • MAKLUMAT PERIBADI PEMOHON
  • MAKLUMAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-WARIS
  • MAKLUMAT AKAUN BANK PEMOHON
  • PERAKUAN PEMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-WARIS

Terma dan Syarat Pembiayaan Peribadi i-WARIS

  1. Pembiayaan i-WARIS HANYA terbuka kepada Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan yang mempunyai Kod Pemotongan Gaji Angkasa (Kod BPA).
  2. Wajib menjadi Ahli Anggota Koperasi Warisan Emas Berhad dengan bayaran keahlian berjumlah RM100.
  3. Layak memohon sekiranya terdapat masalah Blacklist, CTOS, CCRIS dan juga kes mahkamah.
  4. Berumur 18 hingga 60 tahun.
  5. Mestilah berjawatan tetap dan bekerja melebihi 6 bulan.
  6. Jumlah Pembiayaan bermula RM1,000 sehingga RM100,000.
  7. Kadar Keuntungan serendah 3.99 % – 9.99% setahun.
  8. Tempoh bayaran balik; 1 Tahun – 10 Tahun.
  9. Jumlah pembiayaan dan tempoh bayaran balik yang diluluskan adalah tertakluk kepada kelayakan.
  10. Pembayaran balik secara potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa.
  11. Memperoleh kadar pinjaman payout ratio setinggi 93%.
  12. Fi untuk semakan kredit hanya akan dikenakan kepada pemohon sekiranya permohonan berjaya.

Penting!

**Terma dan syarat ini telah dikemaskini pada 13 November 2023. **Pembiayaan kepada pihak swasta dan tujuan perniagaan juga akan DIBUKA selepas ini. **Pemohon wajib melihat kepada maklumat terkini.

Panduan

1. Sila lengkapkan borang ini dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Borang yang tidak lengkap atau tidak sah maklumat tidak akan diproses.
2. Sila hantarkan melalui atas talian (Whatsapp) ke +6011-5166 8642 dokumen-dokumen berikut selepas selesai mengisi borang permohonan ini:
a) Slip penyata gaji Pemohon (3 bulan terkini)
b) Salinan Mykad Pemohon (depan dan belakang)
c) Surat Pengesahan Majikan (perlu nyatakan tempoh notis berhenti kerja pemohon)

MAKLUMAT PERIBADI PEMOHON


MAKLUMAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI i-WARIS

Pelanggan Harus menjadi ahli terdahulu untuk mendapat akses kepada permohonan i-Waris.


Tahun
RM
/bulan
RM
/bulan

MAKLUMAT AKAUN BANK PEMOHON


PERAKUAN PEMOHON PEMBIAYAAN PERIBADI i-WARIS

1. Saya bersetuju dan berakujanji mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Undang-undang Kecil Koperasi Warisan Emas Berhad dan Aturan Aktiviti di bawah Aturan Pembiayaan Peribadi serta apa-apa pindaan yang dibuat daripada semasa ke semasa.
 
2. Saya bersetuju membenarkan Koperasi Warisan Emas Berhad menghantar arahan potongan gaji kepada Bahagian Sumber Manusia (“Majikan”) untuk Majikan melaksanakan pemotongan gaji bagi menyelesaikan baki pembiayaan ini. Majikan perlu menolak daripada gaji, wang pampasan daripada syarikat atau apa-apa bentuk pendapatan bagi membuat pembayaran balik baki pembiayaan anggota atau dengan cara lain yang ditetapkan oleh Koperasi Warisan Emas Berhad.
 
3. Sekiranya saya gagal menyelesaikan baki pembiayaan dalam tempoh yang diberikan, saya memberikan kebenaran kepada Koperasi Warisan Emas Berhad untuk menjelaskan baki pembiayaan tersebut daripada jumlah terkumpul Modal Yuran dan/atau Modal Syer.
 
4. Sekiranya saya ditamatkan perkhidmatan, meletakkan jawatan atau berhenti daripada berkhidmat di syarikat dengan notis 24 jam, notis bulanan atau berlakunya penjualan syarikat kepada pihak ketiga atau pemberhentian secara sukarela (VSS), saya membenarkan Majikan menolak gaji akhir, wang pampasan atau apa-apa bentuk pendapatan
tersebut untuk menyelesaikan baki pembiayaansaya sepenuhnya.
 
5. Saya mengaku bahawa segala maklumat yang saya berikan adalah benar dan sekiranya didapati tidak benar Koperasi Warisan Emas Berhad berhak membatalkan permohonan saya untuk pembiayaan ini.